Cari @ Amanz

Pelayar web popular, Mozilla Firefox kini telah pun mencapai angka versi 100, sekaligus menjadikan Firefox pertama kalinya mencapai versi tiga angka. Selain Firefox, sebelum ini Chrome turut telah mencatatkan angka versi 100 untuk pelayar web mereka.

Firefox telah diperkenalkan sekitar 17 tahun lepas, dan sehingga kini ia mempunyai sokongan komuniti yang hebat – membolehkan mereka mencapai angka versi 100.

Melalui Firefox 100, kini ia menambah sokongan HDR pada versi Mac bermula dengan YouTube, sokongan semakan pelbagai bahasa, sokongan kapsyen pada video PiP, dan sejumlah ciri baharu lain.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri baharu yang disertakan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd