Instagram kini sedang menguji paparan antaramuka baharu untuk aplikasi mereka – dengan memaparkan kandungan pada paparan skrin penuh berbanding dengan hari ini.
Dengan langkah ini, apabila pengguna mengakses aplikasi Instagram, mereka dipaparkan dengan paparan penuh perkongsian – dan tidak lagi memaparkan ikon untuk Stories seperti sekarang. Pengguna pula boleh berinteraksi dengan menatal ke atas untuk melihat perkongsian-perkongsian lain.

Seperti ramai sedia maklum, bentuk interaksi ini sedia ditawarkan oleh TikTok melalui aplikasi mereka. Malah, Instagram juga dilihat semakin hari memfokuskan kepada bentuk penawaran seumpama TikTok.
Baru-baru ini, pihak Meta turut berkongsi mengatakan pengguna kini meluangkan masa lebih lama pada Reels – disamping Instagram sedang melihat untuk mengetengahkan lebih banyak perkongsian video pada aplikasi mereka.