Carian
Samsung Hadir Dengan Storan UFS 4.0 – Kelajuan Berganda Berbanding UFS 3.1
May 4, 2022 Aman

Samsung hari ini telah memgumumkan mereka telah berjaya membangunkan penyelesaian storan UFS 4.0 – sekaligus membawakan era seterusnya selepas UFS 3.1 yang digunakan meluas pada telefon pintar hari ini.

UFS 4.0 menawarkan prestasi yang dipertingkatkan, dan pada masa yang sama lebih efisien tenaga. UFS 4.0 turut menawarkan kelajuan mencapai 23.2Gbps – sekali ganda berbanding apa yang ditawarkan pada UFS 3.1 pada hari ini.

Kelajuan ini dilihat adalah sesuai untuk telefon 5G pada hari ini yang membolehkan pemprosesan data pada tahap tinggi. Disamping itu, UFS 4.0 turut dijangka akan membantu dalam arena AR dan VR yang sedang berkembang dari hari ke hari.

UFS 4.0 juga dilihat akan hadir dengan pilihan sehingga 1TB, pada kadar pembacaan 4200MB/s serta penulisan 2800MB/s.

Samsung dijangka menghasilkan storan berasaskan UFS 4.0 untuk digunakan pada peranti pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan telefon manakah yang akan menjadi terawal menggunakan storan UFS 4.0 ini.

Komen