Carian
Ciri Twitter Circle Yang Menghadkan Ciapan Dilihat 150 Pengikut Sahaja Diaktifkan
May 4, 2022 Effi Saharudin

Twitter hari ini mula memberikan ciri Twitter Circle yang telah diacah sejak beberapa bulan lalu. Menerusi ciri Twitter Circle ini, pengguna boleh menghadkan ciapan yang dihantar dilihat oleh sekumpulan kecil 150 pengikut sahaja yang dipilih secara manual.

https://twitter.com/TwitterSafety/status/1521540727557218309

Dengan ini perbincangan topik boleh dilakukan secara lebih peribadi tanpa campur tangan pengguna lain yang tidak dikenali. Ia mirip ciri Google Circle yang turut menghadkan perbualan untuk ahli kumpulan sahaja. Buat masa ini Twitter Circle hanya diberikan kepada sebilangan kecil pengguna sahaja untuk diuji.

Komen