Microsoft Minta Organisasi Berhenti Guna Internet Explorer 11

Diterbitkan pada Mei 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini meminta organisasi untuk berhenti menggunakan Internet Explorer 11, dan tidak menantikan tarikh akhir sokongan sebelum melakukan peralihan.

Microsoft buat masa ini menetapkan tarikh 15 Jun untuk menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 11 – sekaligus menamatkan era pelayar web IE sepenuhnya.

Sebagai alternatif untuk IE, Microsoft menyediakan pelayar web moden Microsoft Edge. Ia turut hadir dengan mod IE khusus bersama dengannya, sekaligus membolehkan aplikasi mesra IE kekal dapat digunakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami