Razer Blade 15 Menjadi Komputer Riba Pertama Dengan Skrin OLED 240Hz

Diterbitkan pada Mei 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer sedia menawarkan sejumlah komputer riba dengan fokus terhadap permainan video dan multimedia. Terbaru, Razer telah mengemaskini penawaran Blade 15, dan turut menawarkan pilihan kadar segar semula 240Hz.

Pengenalan ciri ini sekaligus menjadikan Razer yang pertama menawarkan pannel OLED dengan kadar segar semula 240Hz pada komputer riba.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna menikmati permainan tembak-menembak dan aksi pantas dengan lebih menarik berbanding kebiasaan.

Komputer riba Blade 15 ini juga turut dilengkapi denga sokongan cip Intel Core i9 generasi ke-12, memori sehingga 32GB RAM, storan 1TB SSD, dan juga kad grafik GeForce RTX 3070Ti.

Dengan penawaran ini, harga jualan Razer Blade 15 ini dijangka agak tinggi berbanding penawaran yang lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami