Cari @ Amanz

Audi Dan Porsche Akan Menyertai Sukan Formula 1

Link Copied!

Masa depan sukan Formula 1 sedikit kelam sejak dua tahun kebelakangan ini kerana kereta elektrik dilihat sebagai alternatif lebih baik kepada alam sekitar berbanding kenderaan enjin fosil. Oleh sebab itu lah sukan Formula E telah dimulakan oleh Formula E dengan tujuan menggunakannya sebagai platform menguji teknologi kenderaan elektrik sebelum ini digunakan pada kereta komersial.

Dalam ketidaktentuan ini, Audi dan Porsche nampaknya akan menyertai Formula 1 dalam masa terdekat. CEO kumpulan Volkswagen Herbert Diess yang memiliki jenama Audi dan Porsche mengesahkan kemasukan dua jenama premium ini ke Formula 1. Audi akan bekerjasama dengan McLaren sementara Porsche pula akan bekerjasama dengan Red Bull. Menurut Diess, penyertaan ke dalam Formula 1 adalah lebih menguntungkan kepada syarikat pada waktu ini walaupun kos penyertaannya adalah tinggi.

Penyertaan ke dalam Formula 1 mungkin akan dilakukan pada musim 2026 apabila perubahan dilakukan pada enjin pada musim tersebut. Antara yang akan dilakukan ialah enjin yang menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi, menghentikan penggunaan sistem MGU-H, dan penggunaan bahan api sintetik yang lebih mesra alam.

Perubahan enjin ini dilakukan oleh FIA bagi menarik minat pengeluar kenderaan lain untuk menyertai sukan eksklusif dan berprestasi tinggi ini. Dengan penyertaan Audi dan Porsche, jelas ia menunjukkan hasil.


Komen ()