Cari @ Amanz

Spotify memulakan langkah ke dalam dunia metamesta dengan pelancaran Spotify Island dalam dunia Roblox. Dalam pulau realiti maya ini, pengguna boleh berinteraksi dengan artis terkemuka dan melakukan beberapa cabaran bagi mendapatkan produk eksklusif.

Pengguna boleh mengumpul ikon Like dalam dunia maya yang kemudiannya digunakan untuk menebus barangan berjenama eksklusif. Pengalaman pertama di Spotify Island ialah K-Park yang bertemakan genre K-Pop. Dalam acara mendatang peminat boleh berinteraksi dengan artis Stray Kids dan SUNMI yang lain daripada lain.

Pelbagai taman dengan tema berbeza dirancang dengan artis berbeza. Untuk pergi sendiri ke Spotify Island sila ke pautan ini http://www.roblox.com/spotify.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd