Motorola Moto E32 Kini Rasmi Dengan Unisoc T606 Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Mei 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola kini hadir dengan penawaran baharu. Melaluinya, Moto E32 diperkenalkan dengan beberapa titik jualan utama. Antaranya seperti skrin besar dengan kadar segar semula 90Hz. Kemudian, ia diikuti dengan sistem tri-kamera yang pelbagai guna dan kapasiti bateri memadai untuk penggunaan harian.

Untuk lebih khusus, Moto E32 dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Paparannya turut dipadankan dengan nisbah aspek 20:9 dan kepadatan piksel mencapai 268 ppi. Seterusnya, cip Unisoc T606 dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB turut disertakan pada peranti.

Tetapan kamera pula adalah 16MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan adalah sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W, bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Untuk harga, Moto E32 dijual pada €149 (~RM 683).

komen


© Amanz / 2022 Kami