Cari @ Amanz

Rangkaian 5G telah diperkenalkan di Malaysia sejak daripada bulan Disember 2021 lepas. Walaupun dua syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian bersama DNB untuk penawaran 5G, sehingga kini TM masih belum memperkenalkan penawaran mereka melalui Unifi Mobile.

Pada awalnya, hadir info ia mungkin diperkenalkan seawal Februari atau Mac – tetapi pihak TM menidakkan perkara berkenaan dan mengatakan akan memperkenalkan ia kepada umum selepas bersedia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui mengapa TM menghadapi kelewatan dalam pengenalan rangkaian 5G mereka.

Apa pun, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan TM dan YTL akan mengadakan pelancara 5G di tiga kawasan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya selepas Aidilfitri ini.

Ini bermakna, kita mungkin melihat kedua-dua syarikat telekomunikasi memperkenalkan ia secara rasmi – sekaligus membolehkan kita turut melihat penawaran TM melalui Unifi Mobile untuk 5G kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd