WiFi 7 Bakal Menawarkan Kelajuan Sehingga 33Gbps Menjelang 2023

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat pelbagai penghala yang ditawarkan dengan sokongan rangkaian WiFi 6. Evolusi seterusnya untuk rangkaian sambungan WiFi kini sudah dalam pembangunan fasa akhir, iaitu WiFi 7.

Berkongsi mengenainya, Qualcomm kini berkongsi penghala dengan sokongan WiFi 7 dijangka ditawarkan kepada umum sekitar awal tahun 2023 kelak.

Mengikut spesifikasi awal, WiFi 7 dijangka menawarkan kadar kelajuan sehingga 33Gbps.

Disamping itu, ia juga dijangka membolehkan lebih banyak peranti dihubungkan ke sesuatu penghala pada sesuatu masa. Hal ini selari dengan perkembangan arena peranti berhubung hari ini yang semakin banyak bersambung ke arena internet.

WiFi 7 ini dijangka akan menawarkan kelajuan tiga kali ganda berbanding wiFi 6E, disamping membolehka ia menawarkan kadar pendam rendah, serta kebolehan menyokong trafik lebih tinggi.

Selain Qualcomm, sebelum ini MediaTek turut telah memperlihatkan penawaran WiFi 7 pada awal tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami