Carian
Kabel USB-C Dengan Sokongan 240W Kini Boleh Dibeli Di Malaysia
May 5, 2022 Aman

Pihak pemantau piawaian USB telah pun memperkenalkan USB-C 2.1 dengan sokongan pengecasan sehingga 240W pada tahun lepas, dan kini kabel yang menyokongnya telah mula dipasarkan.

Salah satu penyenaraian di Shopee, memperlihatkan pihak UGREEN telah mula memasarkan kabel USB-C dengan sokongan 240W di Malaysia pada harga promosi RM31.

Melalui penyenaraian pihak UGREEN, ia turut memperlihatkan sokongan pemindahan tenaga 48V pada kadar 5A.

Selain daripada itu, ia juga menawarkan sokongan piawaian USB 2.0 untuk pemindahan data, iaitu pada kelajuan sehingga 480Mbps.

Dengan kabel ini,ia sekaligus membolehkan anda mengecas bukan sahaja telefon pintar, tetapi juga komputer riba.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kabel ini pada harga sekitar RM31 di Shopee. Mungkin kita akan turut melihat penawaran penyedia kabel lain dengan sokongan 240W di Malaysia tidak lama lagi.

Komen