Cari @ Amanz

Pada hari ini, kita sedia mengenali akan pembantu maya seperti Alexa, Google Assistant dan juga Siri. Terbaru, ia dilaporkan pengeluar peralatan audio terkemuka, Sonos sedang turut merancang memperkenalkan pembantu maya tersendiri.

Ia dikatakan dikenali sebagai Sonos Voice, dan akan diperkenalkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu seawal Jun 2022 ini.

Sonos Voice ini dijangka ditawarkan melalui kemaskini perisian untuk semua pengguna speaker pintaar Sonos yang menyokong platform S2.

Melalui pembantu maya ini kelak, pengguna boleh mengawal muzik yang dimainkan – termasuk menyokong pelbagai aplikasi penstriman muzik.

Dengan desas-desus terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Sonos Voice, dan mengawal muzik dengan arahan “Hey, Sonos”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd