Cari @ Amanz

Polis Guna Dron Untuk Pantau Aliran Trafik Dan Kesan Pesalah Trafik

Oleh Aman

Link Copied!

Bersempena dengan hari raya dan musim perayaan, aliran trafik di lebuhraya turut meningkat dengan drastik disebabkan ramai pulang ke kampung. Selari dengannya, kini pihak Polis turut menggunakan dron dalam memantau aliran trafik di lebuhraya.

Disamping itu, dron juga turut digunakan dalam mengesan pesalah trafik di lebuh raya – termasuk yang memotong barisan kenderaan menggunakan lorong kecemasan.

Dengan penggunaan dron, ia sekaligus membolehkan pihak polis melakukan pemantauan pada jarak jauh – selain turut merakamkan bukti video untuk sesuatu pelanggaran trafik.

Orang ramai sentiasa diminta untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam memastikan aliran yang lancar, dan pada masa yang sama menjaga keselamatan di jalan raya.

Sumber : PDRM Drone

Komen ()