Google Mengambil-alih Syarikat Pembuat Panel Paparan Realiti Maya Dan Terimbuh Raxium

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah membatalkan projek-projek berkaitan realiti maya dan realiti terimbuh seperti Google Glass dan mengehadkan sokongan pada ARCore, Google kini dilihat sedang membangunkan sebuah set kepala realiti terimbuh baru pada awal tahun ini.

Untuk ini, Google dilaporkan telah mengambil-alih sebuah syarikat pembuat panel paparan realiti maya dan realiti terimbuh yang dinamakan Raxium. Syarikat ini dilihat sebagai pakar dalam membina paparan bersaiz kecil menggunakan MicroLED yang sesuai untuk set kepala realiti maya, terimbuh dan gabungan.

Penggunaan panel MicroLED dilihat akan membantu dalam mengurangkan penggunaan kuasa dalam sebuah set kepala digital ini, tetapi mengekalkan olahan warna yang secara lazimnya diperlihatkan pada paparan yang menggunakan panel OLED.

Malah, Raxium turut dilaporkan sedang berada dalam proses untuk cuba membangunkan panel-panel ini menggunakan bahan silikon sama yang digunakan dalam pembangunan komponen semikonduktor yang dijangka akan menurunkan kos pembuatan panel-panel ini.

Raxium akan menyertai kumpulan Devices & Services di Google, mungkin untuk membantu dengan pembangunan projek realiti terimbuh terbaru Google iaitu Project Iris yang diperlihatkan sejak awal tahun ini.

Google nampaknya menjangkakan bahawa penggunaan teknologi realiti maya dan realiti terimbuh akan meningkat kerana norma baharu bekerja dan pembelajaran yang mungkin akan memanfaatkan teknologi-teknologi visual ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami