Cari @ Amanz

WhatsApp Beta Terkini Membenarkan Pentadbir Memadam Mesej Untuk Ahli Kumpulan Lain

Link Copied!

WhatsApp Beta sekarang sedang menguji banyak ciri baru yang menarik. Antaranya adalah ciri memberi reaksi menggunakan emoji, ciri mengundi, ciri memaparkan jangka masa tiba fail dan banyak lagi. Dalam laporan WABetaInfo, WhatsApp Beta versi 2.22.11.4 mempunyai ciri memadam mesej baharu untuk pentadbir pada WhatsApp Group.

Ciri baharu ini membenarkan pentadbir pada setiap WhatsApp Group memadam mesej ahli lain untuk semua orang. Ini bermakna jika pentadbir padam mesej daripada Adam, semua ahli dalam Group tidak akan dapat baca lagi mesej Adam. Sebaliknya ahli hanya akan nampak teks “Mesej ini telah dipadamkan” atau pada pentadbir yang padam akan melihat “Anda telah memadamkan mesej ini“.

Dengan ciri ini, ia akan memberi pentadbir kuasa tambahan daripada pelbagai mesej aneh yang pasti akan ada ahli kumpulan hantar. Sama ada buli siber, menghantar sesuatu yang tidak senonoh, salah hantar fail sensitif – pentadbir yang tangkas akan ada kawalan untuk menjamin kumpulan sembang yang aman.

Buat masa ini, ia hanya ujian beta dalaman atau kepada penguji yang terpilih sahaja. Kerana dalam beta 2.22.11.6 pun saya masih tidak nampak kewujudan akan ciri ini. Adakah ini ciri yang anda mahukan?


Komen ()