Samsung, jenama peranti dan komponen elektronik terkemuka dari Korea baru-baru ini dilihat hadir dengan penawaran storan terbaru mereka, iaitu siri kad microSD Samsung PRO Endurance. Siri kad MicroSD ini dibangunkan khusus untuk kegunaan kamera litar tertutup dan juga kamera kereta (dashboard camera).
Kad microSD Samsung PRO Endurance ini termasuklah pilihan storan yang diberikan, termasuklah 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB dengan kadar pembacaan dan penulisan data 100MB/s dan 40MB/s yang membolehkannya merakam dan membaca video pada resolusi Full HD sehinggalah 4K.
Diantara kelebihan kad microSD Samsung PRO Endurance ini ialah ia boleh merakam video sepanjang 140 ke 160 jam dalam satu rakaman tanpa masalah, dan mempunyai jangkahayat hidup sekitar 16 tahun. Samsung mengatakan bahawa satu kad PRO Endurance ini adalah sama seperti anda memiliki 33 kad MicroSD lain yang perlu ditukar pada masa-masa yang tertentu dari segi ketahanan.
Bukan itu sahaja, kad microSD ini dilihat agak tahan lasak, dengan pertahanan terhadap air, gelombang magnet dan x-ray dan termasuklah suhu yang melampau.
Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah kad microSD ini akan ditawarkan di pasaran tempatan, khususnya apabila orang ramai memang sedang berpusu-pusu membeli kamera dashcam untuk kereta mereka kebelakangan ini.