Starbucks Memperlihatkan Butiran Lanjut Mengenai Pelan Disebalik Koleksi NFT Mereka

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal bulan April, kami telah melaporkan bahawa Starbucks dilihat berminat untuk membina sebuah komuniti digital yang termasuklah juga dengan penawaran aset-aset digital seperti NFT. Terkini, Starbucks, melalui Ketua Pegawai Pemasaran mereka, Brady Brewer telah memperlihatkan butiran tentang bagaimanakah NFT boleh dimanfaatkan untuk membina komuniti digital Starbucks.

Melalui penulisan di laman blog Starbucks, syarikat tersebut dilihat mahu membangunkan koleksi NFT yang boleh dimiliki oleh orang ramai dan digunakan sebagai lencana keahlian komuniti dan memberikan akses kepada sejumlah kelebihan dan juga pengalaman yang eksklusif.

Starbucks juga bukanlah sebuah jenama yang asing dari segi menampakkan ekspresi artistik. Ia dapat dilihat melalui pelbagai produk yang pernah dilancarkan oleh mereka, dan melalui rekaan-rekaan ini, mereka sedia memperlihatkan sejumlah besar rekaan NFT yang pastinya akan menarik minat bukans sahaja peminat tegar Starbucks, tetapi juga pengumpul NFT yang sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsep budaya digital Starbucks.

Starbucks Mobile Order & Pay

Syarikat rangkaian kedai kopi dari Seattle ini juga dijangka akan bekerjasama dengan jenama-jenama lain untuk membangunkan NFT eksklusif sama seperti bagaimana mereka bekerjasama untuk membuat pelbagai aksesori-aksesori kopi seperti botol, gelas, cawan dan sebagainya.

Brady Brewer turut mengatakan bahawa pengetahuan Starbucks dalam industri teknologi dalam menjadi diantara syarikat-syarikat rantaian kedai kopi pertama untuk menawarkan keahlian digital, pembayaran secara mudah-alih dan sambungan WiFi percuma akan memberikan kelebihan untuk mereka memasuki sektor tersebut.

Butiran seperti rantaian blok yang akan digunakan dan bilakah NFT-NFT ini akan diperkenalkan tidak diketahui lagi, tetapi tetap mengatakan bahawa lebih banyak butiran lanjut seperti contoh rekaan, pengalaman dan kelebihan yang dikatakan akan diperlihatkan sepanjang tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami