Samsung Galaxy M23 5G Kini Hadir Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM1299

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia kini telah mula menawarkan satu lagi telefon pintar 5G berspesifikasi pertengahan dibawah siri Galaxy M, iaitu Samsung Galaxy M23 5G.

Galaxy M23 5G ini hadir dengan skrin 6.6-inci FHD+ TFT dengan kadar segar semula 120Hz, dilengkapi cip lapan teras Snapdragon 750 5G, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Ia turut hadir dengan kamera belakang menggunakan sensor utama 50-megapixel, turut dilengkapi dengan sensor ultra-lebar 8-megapixel, dan makro 2-megapixel. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 8-megapixel.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini di Malaysia pada harga RM1299. Bersempena pelancarannya juga, Samsung menawarkan ia pada harga RM1099.

komen


© Amanz / 2022 Kami