Elon Musk Mungkin Menjadi CEO Sementara Twitter Selepas Pengambil-Alihan

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk telah menyatakan bakal mengambil-alih Twitter pada nilai $44 bilion, dan kini dalam proses menghimpunkan dana untuk tujuan berkenaan.

Beberapa pelabur pun menyertai Elon Musk dalam mengambil-alih Twitter, termasuk pengasas Oracle dan beberapa pelabur lain.

Menariknya juga, kini hadir desas-desus awal, mengatakan Elon Musk turut akan menjadi CEO sementara untuk Twitter beberapa bulan selepas proses mengambil-alih selesai.

Buat masa ini, masa depan Twitter menjadi tanda tanya pelbagai pihak – termasuk apakah visi jangka masa panjang untuk Twitter, dan beberapa perkara lain. Mungkin kita akan mendapat jawapan sepenuhnya selepas pengambil-alihan ini selesai sepenuhnya oleh Elon Musk.

komen


© Amanz / 2022 Kami