Cari @ Amanz

WhatsApp kini membolehkan lebih ramai pengguna di tambah dalam sesuatu WhatsApp Groups – iaitu sehingga 512 orang dalam sesuatu kumpulan pada sesuatu masa.

Dengan langkah ini, lebih ramai pengguna boleh dimasukkan dalam sesuatu Groups – membawa kepada perbincangan dan pengurusan kumpulan pengguna lebih besar.

Seperti biasa, WhatsApp turut mengekalkan ciri penyulitan menyeluruh, memberikan lebih sekuriti dan privasi berbanding penyedia perkhidmatan permesejan yang lain.

Pengenalan sokongan saiz kumpulan lebih besar ini adalah secara berperingkat kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd