Apple, Google Dan Microsoft Menyokong Piawaian FIDO Alliance Untuk Dunia Tanpa Kata Laluan

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple, Google dan Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan menyokong piawaian FIDO Alliance untuk memudahkan proses log masuk secara atas talian tanpa pengguna perlu menaip kata laluan. Selepas ini pengguna tidak perlu lagi memasukkan kata laluan tetapi sebaliknya mengesahkan identiti menggunakan sistem biometri imbasan cap jari atau pengesahan wajah.

Sekiranya pengguna ingin log masuk ke akaun menerusi pelayar web misalnya, notifikasi akan diterima pada telefon pintar untuk mengimbas cap jari atau wajah untuk pengesahan identiti. Menerusi piawaian FIDO Alliance ini, sistem biometri akan disokong pada tiga sistem operasi utama dunia. Dengan maklumat peribadi disimpan secara awanan dan memerlukan pengesahan biometri, isu akaun digodam akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami