Acer Memperkenalkan Chromebook Spin 514 Yang Dikuasakan Oleh Cip Pemprosesan AMD Ryzen 5000 C

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acer dilihat sebagai salah satu syarikat teknologi yang hadir dengan fokus yang agak mendalam terhadap pengeluaran peranti Chromebook yang semakin popular kebelakangan ini, sebagai pengganti untuk peranti yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran dari rumah.

Acer Chromebook Spin 514 ialah peranti Chromebook keluaran Acer yang terbaru, dilengkapi dengan paparan skrin IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD yang juga hadir dengan fungsi sesentuh. Lebih menarik lagi, paparan skrin ini menggunakan kaca Corning Gorilla Glass yang sedikit sebanyak membantu dalam memastikan bahawa sentuhan pada paparan tidak menyebabkan isu calar pada skrin.

Rangka Chromebook Spin 514 ini diperbuat daripada aluminum dan melepasi piawaian MIL-STD 810H yang memastikannya tahan lasak dan tidak mudah rosak sekiranya mengalami hentakan ringan secara tidak sengaja,

Dengan nama seperti Chromebook Spin 514, engsel paparan peranti ini boleh dipusing 360 darjah untuk membolehkan ia digunakan seperti sebuah tablet, cukup berguna khususnya untuk mereka yang menggunakan peranti ini seperti sebuah kanvas lukisan.

Dari segi komponen, Chromebook Spin 514 ini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 C yang dibangunkan khusus untuk peranti Chromebook seperti ini dan mengatakan bahawa selain daripada prestasi yang baik, ia hadir dengan jangkahayat bateri selama 10 jam.

Acer sudahpun mula menjual Acer Chromebook Spin 514 ini di beberapa pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat dan ranta Eropah pada harga permulaan $579.99 dan 749 Euro. Buat masa ini ia tidak diketahui bilakah ia akan mula dijual di pasaran tempatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami