Facebook Akan Membuang Ciri “Rakan Berhampiran” Pada 31 Mei 2022

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook kini dilihat akan menamatkan beberapa ciri-ciri berasaskan lokasi pada platform mereka – bermula dengan ciri “Nearby Friends” atau “Rakan Berhampiran”.

Facebook dilihat telah mula menghantar notifikasi kepada pengguna, mengatakan ciri berkenaan akan ditamatkan pada 31 Mei 2022 kelak.

Facebook Nearby Friends

Ciri ini sebelum ini diperkenalkan dalam memudahkan anda mengetahui lokasi rakan-rakan semasa dan berhampiran – sekaligus boleh berhubung untuk bertemu mereka.

Disamping ciri ini, Facebook juga dijangka akan membuang ciri “Weather Alerts”, “Location History” dan juga “Background Location” pada aplikasi mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami