Carian
Terbang Ke Langkawi? Kini, Anda Boleh Gunakan Imbasan Wajah Ganti Pas Penerbangan
May 7, 2022 Aman

Setelah diuji sebelum ini, kini Malaysia Airports secara rasminya mengumumkan semua penumpang dari KLIA ke Langkawi boleh menggunakan ciri imbasan wajah sebagai ganti kepada pas penerbangan.

Langkah ini sekaligus dijangka menjadikan perjalanan menaiki sesuatu penerbangan itu lebih lancar dan mudah.

Untuk menggunakanya, terlebih dahulu anda perlu daftar masuk penerbangan, dan melakukan pendaftaran pada kaunter khusus untuk pengecaman wajah. Seterusnya, anda boleh melalui pelbagai kaunter pengesahan dengan hanya mengimbas wajah sahaja – sekaligus menggantikan pas penerbangan sebelum ini.

Malaysia Airports mengatakan data imbasan wajah akan dipadam selepas 3 jam sesuatu penerbangan itu melepasi KLIA.

Bagi anda yang mempunyai penerbangan ke Langkawi, boleh mencuba ciri baharu ini di Langkawi dan menjadikan proses menaiki penerbangan lebih mudah lagi.

Komen