Aplikasi Touch n Go eWallet “Hilang” Daripada Apple App Store

Diterbitkan pada Mei 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi Touch n Go eWallet kini dilihat dinyah-senaraikan oleh Apple daripada kedai aplikasi Apple App Store – sekaligus membuatkan pengguna iPhone tidak lagi boleh memuat-turunnya.

Bagi pengguna sedia ada, aplikasi yang terpasang di iPhone boleh digunakan seperti biasa – tetapi untuk pengguna baharu, anda tidak boleh memuat-turunnya sehingga masalah ini diselesaikan.

Buat masa ini, sebab disebaliknya tidak diketahui lagi. Kebiasaannya, sekiranya sesuatu kemaskini baharu tidak melepasi piawaian Apple, aplikasi versi lama masih akan ditawarkan melalui AppStore.

Apple biasanya hanya membuang aplikasi apabila ia melanggar terma – atau sekiranya akaun pembangun tersebut tidak diperbaharui. Kami telah hubungi pihak TNG, dan menantikan kemaskini berkaitan perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami