Tecno Phantom X Dengan Dwi-Kamera Swafoto Kini Di Malaysia Pada Harga RM1499

Diterbitkan pada Mei 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tecno kini telah membawa masuk salah satu telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Tecno Phantom X – sekaligus turut memilih Datuk Wira Dr Lee Chong Wei sebagai duta untuk jenama berkenaan.

Tecno Phantom X hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED FHD+, dijana cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM yang boleh diperluaskan dengan tambahan 5GB RAM, selain storan 256GB.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50P + 8MP ultra-lebar + 13MP telefoto. Untuk swafoto pula, ia hadir dengan dwi-kamera hadapan gabungan 48MP + 8MP.

Telefon pintar ini hadir dengan bateri 4700mAh dengan pengecasan pantas 33W. Menjananya juga aadalah sistem operasi Android 11 dengan antaramuka khusus di atasnya.

Tecno Malaysia turut menawarkan jaminan selama 13 bulan untuk peranti mereka. Di Malaysia, telefon pintar ini boleh dibeli pada harga RM1499.

komen


© Amanz / 2022 Kami