Cari @ Amanz

Grab kini dilaporkan sedang mempertimbangkan dan melihat untuk mendapatkan pegangan pada salah satu bank tempatan, iaitu AmBank.

Laporan baru ini hadir sejurus selepas Grab berjaya mendapatkan lesen bank digital di Malaysia pada minggu lepas. Langkah ini dilihat akan terus mengukuhkan kedudukan pihak Grab dalam arena kewangan – termasuk pada perniagaan luar talian.

GrabPay

Sebelum ini, Grab telah mendapatkan pegangan pada salah satu bank di Indonesia, iaitu Bank Fama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah peratusan pegangan yang ingin dimiliki oleh Grab pada AmBank.

Seperti biasa, pihak Grab tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan spekulasi dan desas-desus pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd