Cari @ Amanz

Setel kini telah menawarkan kemaskini kepada aplikasi mereka di AppStore, sekaligus turut menambah sokongan untuk Apple Watch. Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan anda memasang aplikasi Setel pada Apple Watch. Seterusnya, anda boleh menggunakan aplikasi Setel pada Apple Watch dalam urusan memilih nombor pam, dan membayar untuk mengisi minyak.

Langkah ini sekaligus menjadikan proses anda ingin isi minyak lebih pantas tanpa perlu membuka atau mengakses telefon pintar.

Bagi anda yang menggunakan Apple Watch, boleh memuat-turun aplikasi Setel ini ke jam tangan pintar anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd