Vivo X80 Pro dan X80 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3499

Diterbitkan pada Mei 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selang dua minggu selepas  Vivo X80 dan Vivo X80 Pro dilancarkan di China, peranti mercu yang memberikan tumpuan kemampuan fotografi ini akhirnya dilancarkan pula ke pasaran Malaysia. dalam acara yang dilangsungkan di Litar Lumba Sepang sebentar tadi.

Vivo X80 Pro, peranti yang lebih berkuasa di antara kedua-dua peranti ini dan ia hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dengan resolusi QHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, dan bateri sebesar 4700mAh dengan sokongan pengecasan 80W.

Kamera belakang Vivo X80 Pro hadir dengan sensor utama 50MP 1/1.3 sudut lebar dengan gimbal, 48MP ultra sudut lebar, 12MP telefoto 2X zum optikal dan 8MP telefoto periskop 5X zum optikal dengan OIS. Kamera hadapan pula sebesar 32MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera.

Lensa Zeiss digunakan pada kamera utama peranti ini seperti yang telah dilakukan tahun lalu sejak ia tidak lagi eksklusif pada peranti keluaran Nokia. Untuk meningkatkan lagi kemampuan fotografi, X80 Pro turut hadir dengan cip ISP Vivo V1+ yang dibangunkan sendiri oleh Vivo. Melengkapi spesifikasi ialah kemampuan kalis air IP68 serta sistem audio stereo.

Sementara itu Vivo X80. Ia hadir dengan skrin 6.78-inci FHD+ 120Hz, dijana cip Dimensity 9000, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Kamera utama menggunakan sensor 50MP sudut lebar dengan OIS, 12MP ultra lebar, dan 12MP telefoto dengan zum optikal 2X. Ini dipadankan pula dengan kamera swafoto 32MP juga dalam lubang skrin. Seperti X80 Pro, X80 juga hadir dengan cip ISP Vivo V1+ dan lensa Zeiss. Yang tiada ialah kemampuan sebarang piawaian kalis air.

Di Malaysia harga jualan Vivo X80 Pro ialah RM4999 untuk 12/256GB dan Vivo X80 Pula pada harga RM3499 untuk 12/256GB. Pratempahan dibuka bermula hari ini 8 Mei hingga 13 Mei dengan pilihan warna Cosmic Black untuk Vivo X80 Pro dan Cosmic Blac serta Urban Blue untuk Vivo X80.

Mereka yang melakukan pratempahan akan menerima hadiah percuma dalam bentuk pengecas niwayar 50W, kerangka, pertukaran percuma 1:1 dalam masa 100 hari pertama dan jaminan bateri selama setahun bernilai RM1555. Untuk X80 pula hadiah percuma adalah dalam bentuk Vivo TWS 2e, kerangka telefon, pertukaran percuma 1:1 dalam masa 100 hari pertama dan jaminan bateri selama setahun bernilai RM1465.

komen


© Amanz / 2022 Kami