Carian
AirPods Pro 2 Dijangka Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua 2022
May 8, 2022 Aman

Salah satu produk audio popular dibawah Apple adalah AirPods Pro. Selepas diperkenalkan pada 2019 yang lepas, kini generasi kedua untuk fon telinga nirwayar berkenaan dijangka diperkenalkan pada pertengahan kedua 2022 kelak.

AirPods Pro 2 dijangka akan mmenyertakan sejumlah ciri-ciri pintar baharu, termasuk sokongan memainkan audio nirhilang, selain ciri berkaitan kesihatan terus padanya.

Disamping itu, Apple juga dijangka akan mengemaskini penawaran AirPods Max bersama penawaran pilihan warna baharu.

Dengan laporan terbaru daripada Bloomberg ini, kita mungkin melihat Apple memberikan lebih perhatian pada produk audio mereka pada tahun ini.

Komen