Instagram Dijangka Memperkenalkan Sokongan NFT Seawal Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sedia menyatakan sebelum ini bakal memperkenalkan sokongan NFT pada platform mereka, dan kini hadir laporan mengatakan perkhidmatan sosial popular berkenaan bakal memperkenalkan integrasi NFT seawal minggu ini.

Instagram dijangka akan memperkenalkan integrasi untuk NFT pada rantaian-blok Ethereum, Polygon, Solana dan juga Flow.

Walaubagaimanapun, untuk permulaan, ciri ini dijangka ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu – dan mungkin sokongan rantaian-blok yang diperkenalkan adalah terhad ketika pengenalan.

Instagram juga dijangka tidak akan mengenakan sebarang caj untuk perkongsian NFT pada platform mereka.

Dengan desas-desus terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri NFT pada Instagram minggu ini.

Sumber : CoinDesk

komen


© Amanz / 2022 Kami