Apple Mempatenkan Antaramuka Seakan macOS Apabila iPad Disambung Ke Papan Kekunci

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat banyak artikel yang mengatakan iPadOS masih belum mampu menjadi pengganti kepada macOS walaupun kedua-dua peranti kini dilengkapi cip Apple M1. Isu utama ialah antaramuka iPadOS tidak cukup mesra pengguna untuk melakukan tugasan berbanding macOS.

Kini menurut Patently Apple, Apple telah mempatenkan antaramuka seakan macOS pada iPadOS apabila iPad disambungkan kepada sebuah papan kekunci fizikal. Pada bahagian atas terdapat talam yang sama seperti macOS dan tetingkap yang terapung apabila aplikasi dibuka. Sekiranya paten menjadi realiti, impian Apple untuk menjadikan iPad sebagai pengganti komputer riba akan lebih mudha menjadi realiti.

Ciri ini sama seperti Continuum oleh Microsoft dan DeX oleh Samsung yang telah menawarkan mod desktop sebenar pada peranti mudah alih keluaran mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami