Implan Otak Synchron Membolehkan Pesakit Lumpuh Mengawal Peranti Dengan Hanya Berfikir

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Implan pada otak dahulunya dianggap sebagai sains fiksyen tetapi kini beberapa syarikat mula berlumba-lumba untuk menjadikannya realiti. Synchron sebuah syarikat dari Australia sudah membangunkan Stentrode sejak enam tahun yang lalu. Stendrode ialah antaramuka otak-komputer (BCI) yang dimasukkan ke dalam tubuh menerusi pembuluh darah leher tanpa perlu lubang ditebuk pada tengkorak.

Dalam ujian klinikal ke atas empat pesakit di Australia, tiada kesan negatif dikesan dengan tiada isu tersumbat atau implan Stendrode berubah lokasi. Dengan kejayaan di Australia, ujian klinikal kini dikembangkan pula ke pesakit lumpuh yang serius di Hospital Mount Sinai, New York. Pesakit diharap akan dapat mengawal peranti elektronik dengan hanya berfikir tanpa sebarang sentuhan.

Sasaran ujian klinikal ialah bagi membolehkan penerima implan melakukan tugasan harian secara kendiri, mengawal peranti, menghantar teks, melakukan jual beli atas talian, menghantar emal dan mengakses perkhidmatan teleperubatan.

Synchron dilihat sebagai pesaing kepala Neuralink milik Elon Musk tetapi ia lebih ke hadapan kerana telahpun melakukan ujian klinikal ke atas manusia lebih awal.

komen


© Amanz / 2022 Kami