Cari @ Amanz

ASUS, syarikat teknologi popular disebalik komponen komputer dan komputer riba dan terpasang popular seperti Republic of Gamers dan sebagainya baru-baru ini telah mengacahkan penawaran terbaru mereka dalam sektor komponen komputer, iaitu sebuah SSD.

Dinamakan ASUS ROG Strix SQ7, SSD ini dilihat hadir dengan rekaan “penyejuk” dengan corak yang selari dengan rekaan ROG yang lain dan hadir dengan spesifikasi PCIe Gen 4×4 yang nampaknya menjanjikan kelajuan pembacaan data sekitar 5000MB/s.

Melalui gambar promosi yang dapat diperlihatkan juga, ROG Strix SQ7 ini nampaknya akan hadir dengan penawaran storan 1TB dan hadir dengan saiz M.2 2280, saiz yang biasanya digunakan pada papan-papan induk lazim.

Tidak banyak butiran lanjut yang diketahui mengenai SSD ini buat masa ini, tetapi kami menjangkakan bahawa ASUS akan memperkenalkannya tidak lama lagi, samada melalui sebuah acara pengumuman produk baru mereka, ataupun di acara COMPUTEX Taipei pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd