Samsung Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G, Vivo X80 Dan Vivo X80 Pro Kini Menyokong Rangkaian 5G Tempatan

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional Berhad, syarikat pengelola rangkaian 5G tempatan hari ini telah mengumumkan empat peranti baru yang kini menyokong sambungan rangkaian tersebut.

Peranti-peranti ini termasuklah:

  • Samsung Galaxy A33 5G
  • Samsung Galaxy A53 5G
  • Vivo X80
  • Vivo X80 Pro

Satu-satunya syarikat telekomunikasi yang hadir dengan penawaran rangkaian 5G di Malaysia ialah Yes, walaupun Yes dan Telekom Malaysia dilihat dua syarikat telekomunikasi yang menandatangani perjanjian dengan DNB untuk menawarkan rangkaian tersebut buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami