Pedia_Roid Dibangunkan Untuk Melatih Doktor Gigi Berhadapan Situasi Kanak-Kanak Ketakutan

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kanak-kanak takut dengan doktor gigi kerana bunyi mesin gerudi yang menyentuh gigi adalah menyilukan. Oleh itu doktor gigi perlu bijak untuk mengurangkan kerisauan kanak-kanak dan ini hanya boleh dilakukan dengan latihan yang lengkap. Tetapi sukar untuk mengumpul pengalaman menguruskan kanak-kanak kerana risiko yang dihadapi. Robot Pedia_Roid dibangunkan oleh firma tmsuk khusus untuk tujuan ini.

Pedia_Roid boleh diarahkan untuk meronta-ronta dan tidak memberikan kerjasama ketika di atas kerusi doktor gigi. Selain itu ia turut boleh menggerakkan rahang untuk menentang cubaan melihat rongga mulut, berlakon seperti diserang sawan, mengeluarkan darah dan anak mata membesar kerana kesilapan ketika mengenakan ubat bius.

Dengan kesemua ciri ini, doktor gigi boleh melatih tahap kesediaan mereka berhadapan dengan situasi kecemasan melibatkan pesakit kanak-kanak. Robot ini memang nampak agak menakutkan tetapi latihan yang cukup boleh menyelamatkan nyawa apabila berlaku di situasi sebenar kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami