Cari @ Amanz

Sharp Aquos R7 diperkenalkan secara rasminya di Jepun dengan beberapa penawaran yang menarik. Ini termasuklah skrin OLED 240Hz, dijana dengan Snapdragon 8 Gen1, lensa 1-inci dan sebagainya. Dari aspek rekaan, peranti mempunyai rekaan sisi tubuh yang rata dan berkotak. Ia turut dipadankan dengan panel hadapan berlubang untuk peletakan kamera swafoto tunggal.

Untuk lebih khusus, peranti dilengkapi skrin bersaiz 6.6-inci WUXGA+ IGZO Pro OLED dengan kadar segar semula 240Hz secara adaptif. Turut melengkapi peranti adalah Corning Gorilla Victus Glass sebagai pelindung utama. Ia seterusnya dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1 dengan padanan memori 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Sebagai tambahan, sokongan ruangan tambahan menerusi microSD sehingga 1TB turut disokong.

Kamera Sharp Aquos R7 dilengkapi dengan sokongan sensor 1-inci sebesar 47-Megapixel bersama gabungan lensa Summicron oleh Leica. Seterusnya, kamera hadapan pula adalah 12.6-Megapixel yang mampu menghasilkan imej lebih baik dalam mod resolusi tinggi. Sebagai tambahan, kameranya turut menyokong beberapa ciri tambahan seperti HDR, RAW dan sebagainya. Bateri sebesar 5000mAh turut digunakan dengan sokongan pengecasan niwayar.

Spesifikasi lain termasuk – penarafan IPX5 / IPX8 / IP6X, sokongan bluetooth 5.2, NFC, menjalan Android 12 dan lain-lain. Sharp Aquos R7 akan mula dipasarkan mulai pertengahan Julai 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd