ZTE Axon 40 Ultra telah diumumkan secara rasminya di China, sebentar tadi. Ia hadir dengan spesifikasi berkelas mercu menerusi penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1, di samping beberapa ciri menarik lain. Ia merangkumi sistem tri-kamera dengan sensor 64MP, bateri dengan pengecasan pantas 80W dan sebagainya.

Untuk lebih khusus, ZTE Axon 40 Ultra menggunakan skrin sebesar 6.8-inci OLED BOE dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8 Gen 1 turut digunakan dengan padanan memori sehingga 16GB (LPDDR5) dan storan dalaman 1TB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W.


Sistem tri-kamera yang digunakan pula terdiri dengan tetapan 64MP (IMX 787) + 64MP + 64MP. Seterusnya, kamera hadapan pula sejenis bawah skrin dengan sensor sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Android 12, port sambungan USB-C dan banyak lagi. Untuk harga, ZTE Axon 40 Ultra dijual bermula RMB4,998 (~RM3,258) untuk sebuah.