Nampaknya bukan satu, sebaliknya dua model yang telah dilancarkan oleh ZTE, sebentar tadi. Ini termasuklah ZTE Axon 40 Pro yang lengkap dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi cip Snapdragon 870. Dari aspek rekaan pula, ia dilengkapi panel hadapan sejenis melengkung berlubang bersama padanan dua modul kamera berbeza pada panel belakang.

Untuk lebih lanjut, peranti pintar ini dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Cip Snapdragon 870 yang digunakan dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Kamera utama dibekalkan dengan tiga lensa dengan tetapan 100MP + 8MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula adalah 16MP. Lain-lain spesifikasi yang menyokong seperti sokongan Wi-Fi 6, pembesar suara stereo dengan DTS:X Ultra, pengimbas cap jari pada skrin dan banyak lagi.


ZTE Axon 40 Pro dijual di China pada RMB2998 (~RM1,954) (8GB/128GB), RMB3298 (~RM2,150) (12GB/256GB) dan RMB3798 (~RM2,475) (12GB/512GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar yang diketahui buat masa ini.