Cari @ Amanz

Oppo Find X5 Pro akan akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 18 Mei hadapan. Sebagai peranti mercu keluaran Oppo, peranti ini dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1 serta kamera yang menggunakan teknologi Hasselblad. Kemunculannya pastinya dinantikan kerana Oppo menjual peranti ini sebagai peranti untuk peminat fotografi.

Selain mempunyai sistem kamera Hasselblad, peranti turut mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada seramik yang sama seperti model Find X3 Pro tahun lalu. Tiada lagi kamera mikroskop tahun ini sebaliknya digantikan dengan sistem telefoto optikal yang lebih baik. Maklumat mengenai harga serta penawaran warna akan diketahui pada 18 Mei kelak. Berdasarkan imej acah Find X5 nampaknya belum sedia dipasarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd