Carian
Siri Komputer Riba ASUS Zenbook Pro Kini Hadir Dengan Penawaran Paparan Bersaiz 17.3 Inci
May 10, 2022 Nazrin

Bersempena dengan acara pelancaran Pinnacle of Performance, ASUS telah memperlihatkan komputer riba ASUS Zenbook Pro pertama mereka yang hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci, iaitu ASUS Zenbook Pro 17.

Seperti yang dikatakan, ia hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci yang menggunakan panel IPS NanoEdge dengan resolusi 2.5K dengan fungsi sesentuh dengan kadar segar semula 165Hz yang disahihkan oleh Pantone.

Dari segi komponen dalaman, ASUS Zenbook Pro 17 ini dikuasakan oleh gabungan CPU AMD dan juga kad grafik NVIDIA yang termasuklah CPU AMD Ryzen 9 6900HX dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050.

Untuk pengalaman audio yang menandingi paparan yang ditawarkan pada komputer riba ini, ASUS turut memuatkan empat pembesar suara Harman Kardon yang hadir dengan pengesahan Dolby Atmos.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan pelancaran untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Komen