Rasmi : Instagram Menguji Integrasi NFT Bermula Minggu Ini, Akan Hadir Ke Facebook

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti dilaporkan semalam, kini secara rasminya Meta mengumumkan Instagram akan mula menguji integrasi NFT bermula minggu ini secara terhad.

Menurut Mark Zuckerberg, bermula minggu ini mereka akan mulakan ujian integrasi koleksi digital pada Instagram – membolehkan pengguna memaparkan koleksi NFT pada profil. Ciri sama juga dijangka akan hadir ke Facebook tidak lama lagi.

Bergerak ke hadapan, Mark Zuckerberg turut mengatakan NFT turut akan diperluaskan termasuk secara realiti terimbuh pada Instagram Stories – membolehkan anda meletakkan karya digital di lokasi fizikal.

Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna memaparkan koleksi digital mereka yang sinonim dengan karya seni digital pada hari ini.

Untuk peringkat awal, Instagram akan menyokong rantaian-blok NFT pada Ethereum dan Polygon. Ia juga akan menyertakan integrasi dompet Rainbow, Trust Wallet dan juga MetaMask. Buat masa ini juga, tiada sebarang caj akan dikenakan untuk perkongsian NFT di Instagram.

Dengan pengenalan ini, adakah kita akan melihat NFT menerima permintaan lebih meluas berbanding sebelum ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami