Cari @ Amanz

Samsung kini dilaporkan akan membangunkan sebuah kamera generasi baharu dengan sensor 200-megapixel untuk digunakan pada telefon mercu akan datang mereka, iaitu Galaxy S23.

Untuk makluman, Samsung sedia memperkenalkan sensor kamera 200-megapixel sebelum ini – dan berkemungkinan mereka menyertakan sensor generasi baharu yang lebih baik pada telefon siri Galaxy S23 kelak.

Buat masa ini, siri peranti mercu Samsung menyertakan kamera 108-megapixel. Dengan penyertaan sensor 200-megapixel, ia akan menjadikan Samsung mempunyai antara sensor kamera terbesar pada telefon pintar berbanding pesaing lain.

Untuk menjayakan penggunaan sensor besar juga, Samsung akan perlukan cip pemprosesan berkuasa – termasuk pemprosesan pengimejan serta memori dan storan. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan kamera pada siri Galaxy S23 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd