Cari @ Amanz

Dengan siri TV The Lord oft he Rings akan hadir ke Prime Video, minat ke atas dunia ciptaan J.R.R Tolkien ini kembali meningkat. Maka Electronics Arts telah mengumumkan pembangunan The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth yang merupakan permua khusus untuk peranti mudah alih.

Permainan ini adalah di dalam genre CRPG di mana pemain mengumpul watak yang akan digunakan untuk menentang musuh dalam permainan mengikuti jalan cerita LoTR dan The Hobbit. Watak-watak penting boleh dikumpul bagi meneruskan pengembaraan dalam dunia permua. Seperti majoriti permua di pasaran, permua The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth adalah percuma tetapi terdapat sistem pembayaran dalam permainan.

The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth akan memulakan ujian Beta secara kecil-kecilan bermula musim panas akan datang tetapi maklumat lain masih lagi belum diumumkan.

[Sumber] Sumber – E;lectronic Arts [/sumber]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd