Sony Wena 3 Ultraman Edition Dihasilkan Dalam Jumlah Terhad

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony Wena 3 kini tampil dengan gaya baru yang menarik. Melaluinya, ia menawarkan kemasan yang diinspirasikan daripada siri popular Jepun iaitu Ultraman. Ia dilengkapi tubuh berwarna perak bersama muka jam sejenis OLED dengan rekaan yang biasa. Bersama-sama dengannya, ia diperkemaskan lagi dengan tali jam sejenis getah tebal dan berkualiti tinggi.

Bahagian belakangnya pula memperlihatkan logo dan nombor siri unik yang semestinya masih mengekalkan fungsi tertentu. Misalnya, ia boleh berfungsi sebagai pemantauan kesihatan badan apabila dihubungkan pada peranti pintar. Sambungan adalah menerusi Bluetooth 5.0 dengan syarat peranti pintar tersebut haruslah menyokong sistem operasi iOS 12 serta AndroiD 6.0 dan ke atas.

Selain daripada itu, ia turut mempunyai sokongan NFC secara terbina yang boleh digunakan untuk akses pembayaran pantas. Bateri yang disertakan mampu menyajikan ketahanan sehingga seminggu penggunaan, kemudian proses pengecasan semula pula hanya mengambil masa 1 jam. Tidak ketinggalan, Sony Wena 3 turut dilengkapi penarafan kalis air 5ATM sebagai pelindungan tambahan.

Sony Wena 3 Ultraman Edition dihasilkan dengan jumlah yang terhad. Katanya, sekitar 1,000 unit sahaja di seluruh dunia. Harga jualan pula adalah 68,2000 Yen (~RM22,928) dan bakal mula dipasarkan pada 7 November akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami