Variasi 5G Untuk Siri Realme Narzo 50 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengenalan rangkaian 5G yang semakin meluas telah menyaksikan lebih banyak pengeluar peranti pintar hadir dengan lebih banyak peranti yang menyokongnya. Turut boleh dikatakan, ada di antara peranti 5G tersebut ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Bercakap lebih lanjut, siri Realme Narzo 50 bakal dikemaskini dengan variasi yang menyokong 5G. Penggunaan perkataan siri pada poster acah yang dimuat-naik oleh Realme India, jelas menunjukkan bahawa akan terdapat lebih daripada satu model yang bakal diumumkan kelak. Dalam pada itu, Realme turut menjanjikan pengalaman prestasi lebih baik menerusi variasi baharu ini.

Tapi sayang, tiada sebarang tarikh pelancaran khusus yang dikongsi kan setakat artikel ini ditulis. Seperti biasa, kita semestinya boleh menjangkakan yang mana lebih banyak maklumat akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami