KFC Malaysia Kini Menawarkan Koleksi NFT – Disertakan Bersama Kod Promo RM20 Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

KFC Malaysia kini turut menyertai arena NFT, dan menawarkan 11 NFT eksklusif melalui laman OpenSea bermula hari ini. Sebanyak 8 NFT ditawarkan dalam bentuk bidaan, sementara 3 lagi koleksi ditawarkan dalam bentuk peraduan.

KFC mengatakan pemegang NFT ini akan menerima kod promo bulanan untuk digunakan dalam pembelian pada aplikasi KFC – bernilai RM20 setiap bulan, sehingga 12 baucar keseluruhan, membawa kepada jumlah yang anda terima sekitar RM240 sepanjang tempoh promosi ini.

KFC Malaysia turut menyatakan yang mana promosi koleksi NFT ini juga adalah terhad sehingga 30 Jun 2023 sahaja – bermakna ia bukan untuk masa selamanya.

Secara kasar, setiap satu NFT ditawarkan pada harga bidaan bermula 0.08ETH, iaitu sekitar RM840. Sekiranya berminat, anda boleh merujuk laman khusus yang disediakan oleh KFC Malaysia untuk kempen ini hari ini.

Jadi bagi anda, adakah anda akan mendapatkan NFT keluaran KFC Malaysia ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami