Tahukah anda yang asal-usul iPhone sebeanrnya adalah sebuah iPod yang ada fungsi telefon? Idea asal Steve Jobs adalah untuk mempunyai sebuah iPod yang ada telefon di dalamnya. Idea ini mula terkeluar selepas kegagalan mengintegrasikan iTune pada Motorola ROKR1.
Steve inginkan rekaan iPod dikekalkan kerana populariti penggunaan Click Wheel. Tony Fadell iaitu bapa iPod dan antara individu terlibat dengan pembangunan iPhone pertama, mengupah pereka luar untuk hadir dengan prototaip awal iPhone – iPod Phone. Tony yang baru sahaja terbitkan buku Build kisah beliau bersama Apple dan pengalaman dengan Nest. Tony telah mendedahkan imej prototaip iPhone pertama dan ia bukan apa yang anda sangkakan.

Ia hadir dalam bentuk iPod, ada skrin kecil di atas, click wheel di bawah dan bahagian badan sini boleh berputar untuk mendedahkan pad kekunci. Belakang skrin pula ada kamera utama. Namun rekaan aneh ini sukar untuk digunakan dan diterima, kerana penggunaan click wheel yang tidak sesuai untuk sebuah telefon.

Untuk itu, pasukan Apple memilih menggunakan skrin bersaiz besar dengan rekaan hampir tiada butang fizikal kerana semua kawalan adalah pada sentuhan skrin. Sistem operasi juga diubahsuai daripada Mac OS X. Dengan usaha dan tanpa mengalah inilah, Apple berhaya menghasilkan iPhone dan generasi selepas generasi – ia kini adalah antara produk penting dan wajib untuk semua miliki.
Apakah telefon pertama anda, adakah ianya iPhone?