iPhone Tanpa Takuk, Ada USB-C, Touch ID Di Sisi Dan Kamera Pop-Naik Berjaya Dihasilkan

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple dikhabarkan akan hadir dengan iPhone tanpa takuk dan mengembalikan Touch ID pada iPhone generasi akan datang. Ramai inginkan iPhone dengan skrin menyeluruh serta sistem imbasan cap jari kembali kerana ia lebih pantas daripada Face ID.

Walaupun Apple mungkon lama lagi akan hadir dengan produk sebegitu, seorang jurutera di China berjaya hasilkan sebuah iPhone baharu.

iPhone ini adalah iPhone SE generasi ketiga yang diubahsuai dan pasang semula. Beliau menggunakan majoriti komponen asal, pasang semula dalam badan baharu dan melakukan semula pendawaian dan sebagainya. Apa yang menarik adalah, iPhone ini terus menjadi seakan sebuah Xiaomi MIX. Skrin menyeluruh tanpa lubang atau takuk, tapi ada dagu tebal.

Touch ID diimplementasikan pada butang kuasa di sisi, peranti menggunakan USB-C yang boleh memindahkan data, mendengar audio dan mengecas peranti, peranti juga ada pengecasan nirwayar, dan jurutera ini berjaya mengembalikan port bicu audio. Apa yang mengejutkan adalah, iPhone ini berjaya disertakan sekali kamera swafoto pop-naik.

Mekanisme kamera ini manual, agak aneh tetapi ia ada satu kelainan. Modul kamera diambil dariapda seakan iPhone 11 atau iPhone 12 dan diguna semula sebagai modul kamera iPhone baharu ini. Semua komponen dipasang sendiri dengan tangan, badan seperti kerangka dan kemasan semuanya adalah 100% buatan tangan. iPhone ini sudah semestinya menjalankan iOS dan kerana ia adalah iPhone SE 2022, cip A15, 4GB RAM dan kemampuan kamera serta prestasi akan sama sahaja.

iPhone ini adalah projek persendirian jurutera sahaja dan ia tidak akan dijual atau dilelong pada laman seperti eBay. Ia juga membuktikan yang Apple boleh lakukan semua ini tanpa masalah jika mahu. Apa pendapat anda dengan iPhone ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami